Hari Raya Open House
Setahun sekali syawal datang lagi, Menyahut kembali..
Setahun sekali sungguh tak terperi, Hari yang dinanti..
Hingga tak terbilang saat pertemuan, Antara kita menjalin rasa.
Di hari mulia, Kunjung-berkunjungan, salam-bersalaman..Membina ikatan....
Haaa...di musim perayaan ni lah kita nak ambil peluang untuk berkumpul dengan kaum keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai.
Kan dah menjadi kelaziman bagi masyarakat kita untuk mengadakan rumah terbuka atau open house.
Bila sebut je open house ni mesti terus je dalam fikiran kita menu apa yang nak disediakan untuk tetamu. Of course lah menu raya akan jadi tumpuan utama bila buat open house ni. Namun dalam keghairahan kita beraya, kita tetap perlu menitik beratkan amalan pemakanan yang sihat agar tidak mengundang kesan buruk pada kesihatan kita bersama,
Jadi dalam entry kali ini, bonda akan kongsikan menu hari raya yang sedap dan sihat serta tips kesihatan di bulan Syawal ini.
Idea Menu Open House Raya Yang Sihat dan Sedap
1. Soto
![]() |
Soto |
Soto mengandungi nasi impit atau bihun sebagai sumber karbohidrat, isi ayam atau daging sebagai sumber protein, kekacang untuk mendapatkan mineral dan taugeh serta daun bawang sebagai sumber vitamin.
Untuk menyediakan hidangan soto yang lebih sihat, kurangkan penggunaan minyak ketika menumis kuahnya dan pastikan lemak dan kulit ayam dibuang.Nak lagi sihat,gunakan garam pink dan homemade chicken stock paste dalam masakan soto di rumah semasa open house hari raya.
2. Laksa Asam/Utara
![]() |
Laksa Asam(laksa Utara) |
Laksa Asam atau juga dikenali sebagai Laksa Utara juga dikategorikan sebagai hidangan sihat. Dalam penyediaan kuahnya tidak ditumis, hanya menggunakan kaedah rebus sahaja. Kuahnya juga dibuat daripada isi ikan segar sebagai sumber protein untuk badan.
Sebagai pelengkap hidangan laksa utara dimakan bersama dengan sayur-sayuran seperti salad, timun, bawang, cili dan nanas.
Bagi yang ingin menjaga badan, kurangkan pengambilan kuantiti mi laksa tersebut kerana ia mengandungi karbohidrat yang agak tinggi dan perlu dimakan secara berpada-pada. Sebaiknya lebihkan pada pengambilan sayur-sayuran.
3. Lontong/Lodeh
![]() |
Lontong/lodeh |
Lontong adalah hidangan berkuah yang berasal daripada masyarakat Jawa dan juga sangat sinonim dengan orang Johor. Hidangan ini boleh dikategorikan agak sihat kerana kuahnya juga tidak ditumis.
Lontong merupakan hidangan nasi himpit yang dimakan bersama kuah lodeh iaitu kuah santan yang dimasak dengan pelbagai jenis sayuran seperti lobak merah, kubis putih, kacang panjang dan sengkuang. Selain itu juga, hidangan ini dilengkapi dengan sumber protein seperti telur rebus, tempeh dan tauhu.
Namun begitu, tetaplah mengawal pengambilannya, terutama nasi impit kerana ia sumber karbohidrat yang tinggi. Apa-apa pun makanlah secara berhemah dan berpada-pada.
Resepi Air Minuman Sihat dan Menyegarkan
![]() |
So refreshing bila minum! |
Kalau nak register sebagai ahli Shaklee, boleh terus klik link ni ye.
Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.β
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Ulasan
Catat Ulasan