Kata-kata Motivasi Dari Al-Quran

Selalu tak kita rasa susah dengan kehidupan?

Rasa serabut dan masalah datang bertimpa-timpa?

Hati rasa sempit, tak tenang, penuh bebanan perasaan yang menggunung tinggi.

Rasa tidak dihargai, dipinggirkan, tidak disayangi dan macam-macam rasa lagi😞 

Hidup memang adalah satu ujian, setiap masa kita diuji. Dapat nikmat pun ujian, dapat musibah pun ujian. Dan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang turunkan Al-Quran kepada kita sebagai peringatan kepada semua manusia. 


Sebagaimana dalam firman Allah dalam Surah Yunus Ayat 57 yang bermaksud, 'Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-quran yang menjadi nasihat pengajaran (peringatan) dari tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.'

Kenapa hari ini kita rasa ujian yang kita alami terlalu perit kerana kita terlalu jauh dari Al-Quran, mungkin ada antara kita yang membaca Al-Quran namun tidak langsung memahami isi kandungan Al-Quran. 

Percayalah apabila kita belajar tadabbur Al-Quran kita akan jumpa jawapan kepada segala permasalahan yang membelengu diri kita selama ini. 

Di dalam Al-Quran terdapat banyak sangat kata-kata motivasi. Antaranya, apabila kita rasa susah dengan kehidupan, selalu ingat untuk tadabbur Surah As-Sharh/Al-Insyirah ayat 5-6.

Allah sebut 2 kali kesenangan dalam dua ayat berbeza bermaksud apabila rasa susah, cuba tengok kesenangan lain, sebenarnya lagi banyak berbanding kesusahan itu. Kita jadi tenang saja.

Kata-kata Motivasi dari AL-QURAN


QS. Asy-Syarh Ayat 5

فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۙ 👉Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan,


QS. Asy-Syarh Ayat 6

اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۗ 👉sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.


Jika kita yakin dan beriman dengan ayat ini, ayat ini menjadi kata-kata motivasi buat kita akan sentiasa tenang.

Kenapa Hati Kita Tidak Lapang?

Hati tidak lapang sebab bebanan dosa. Bebanan dosa kita perlu terangkat dengan bertaubat. Dalam kita hendak bertaubat, kita mesti sedar kesilapan yang mana. Tidak jaga auratkah, tinggal solatkah, mengumpatkah, tidak jaga pergaulankah, dan sebagainya, kita mesti mengaku akan dosa kita, baru bertaubat. Bukan bertaubat tapi tidak sedar apa dosanya.

Untuk lapang dada/hati, kita kena bertaubat supaya Allah angkat bebanan dosa itu. 


Cara lapangkan hati, pengajaran dari Surah AS-Syarh/Al-Insyirah:
  1. Taubat sebanyak-banyaknya
  2. Tadabbur Al-Quran sampai membekas terutama ayat Aqidah
  3. Baiki akhlak dengan belajar akhlak Nabi SAW.
 Untuk sahabat-sahabat bonda yang sedang diuji atau yang sedang merawat hati, boleh dengar kuliah penuh di sini RAWATAN HATI MELALUI SURAH ASH-SHARH (94) || Ustaz Abd Muein Abd Rahman

Jemput juga baca entry sahabat saya Kata-kata Motivasi Pencetus Semangat

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kini Multivitamin Shaklee Berwajah Baru

Part Time Job di Malaysia

Testimoni Shaklee Saya Vivix Bantu Sembuh Kayap