Testimoni Shaklee Saya Vivix Bantu Sembuh Kayap

 Assalamualaikum semua.

Hari ni bonda nak share pengalaman bonda sendiri yang pernah kena kayap.

Masa mula-mula kena tu, bonda rasa tak selesa dekat bahagian ketiak, rasa sakit dan ada kemerahan dan melepuh pada kulit. Pada mulanya, bonda just ignore sahaja namun ia tidak berkurang dan rasa makin tak selesa. Jadi bonda decide untuk ke klinik berhampiran.

So doktor yang merawat bonda bagitau yang itu adalah kayap.

Doktor menjelaskan  pada bonda kayap ini terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan chicken pox. Sesiapa yang pernah dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap.

Tambah doktor lagi, selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.

Sampai satu masa, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.

Yelah bonda kena chickenpox dulu masa zaman kanak-kanak. Bila dah dewasa dan beranak-pinak baru kena kayap.

gejala kayap
Tanda-tanda badan kena jangkitan kayap

Doktor memberitahu yang virus ini menyerang saraf sebab tu bonda rasa tak selesa dan sakit.  Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular. Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja.



Maka, apabila virus tadi kembali aktif, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut.

Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada juga yang mengalami kayap ular di lebih daripada satu bahagian badan. Macam yang bonda alami kayap tu bermula dari bahagian belakang badan melalui ketiak hingga ke bahagian dada.

Jadi doktor membekalkan bonda ubat anti-viral untuk dimakan dan sapu.

Di samping makan ubat yang diberikan oleh doktor, bonda juga ikhtiar mengambil supplemen Shaklee iaitu VIVIX dan B Complex. 

Vivix Bantu Bonda Pulih dari Kayap

Atas nasihat daripada suami menyarankan bonda ambil vivix untuk membantu proses pemulihan daripada kayap dengan lebih cepat. Semasa bonda tengah kena kayap bonda up dos pengambilan vivix untuk bantu mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan.

Alhamdulillah dalam masa satu minggu sahaja dengan izin Allah bonda pulih sepenuhnya daripada kayap, tanpa ada kesan parut langsung!

Masya Allah bonda sangat bersyukur. Sebab ada kawan bonda yang pernah kena kayap share pengalamannya kena kayap semasa dia masih remaja dia menderita hampir satu bulan menahan kesakitan akibat kayap.

Kenapa bonda pilih untuk ambil vivix? 

Dalam vivix mengandungi campuran polifenol untuk sel yang sihat dan meningkatkan imuniti badan. Ramuan utama dalam  vivix ialah Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah dan Purple Carrot.




B Complex Untuk Kesihatan Saraf

Satu lagi supplemen yang bonda ambil semasa bonda kena kayap ialah B Complex. Ini kerana virus kayap itu menyerang saraf. Jadi B complex sangat bagus untuk kesihatan saraf. Ia membantu mengurangkan kesakitan dan memberikan kelegaan.



Sekian sedikit sebanyak tentang pengalaman bonda kena kayap. Ini adalah testimoni Shaklee daripada bonda sendiri, bagaimana Vivix dan B complex sangat membantu proses penyembuhan dan pemulihan dengan cepat. Alhamdulillah. 

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sudilah tekan butang share dan kongsikan dengan orang lain. Mudahan dengan asbab perkongsian anda ini, lebih ramai yang dapat manfaat. 

Sekiranya anda ingin mendapat supplemen untuk kayap dan konsultasi. Boleh KLIK LINK 👉👉👉Whatsapp bonda di sini😍

Kalau nak register sebagai ahli Shaklee, boleh terus klik link ni ye.


Jemput juga baca perkongsian testimoni Shaklee sahabat saya di sini.

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kini Multivitamin Shaklee Berwajah Baru

Part Time Job di Malaysia