8 Tips Kurus Dengan Cepat Dan Efektif!

Ingin Tahu Tips Kurus Dengan Cepat??

    Alamak!!! Perut dah terlajak ke depan, seluar dan baju pon jadi makin ketat! 

"Tak boleh jadi ni, Aku nak kena kurus la."

"Aku rasa tak selesa dahla. Saiz seluar dan baju makin besar ni."

Biasakan kita alami situasi macam ni??


Pengalaman Kurus Dengan Cepat Dan Efektif

    Bonda pon suatu ketika lepas PKP dulu pon salah seorang yang mengalami situasi macam ni. Jadi bonda faham sangat situasi yang anda sedang alami sekarang. Nak tak bonda kongsikan tips yang bonda amalkan untuk kurus dengan cepat dan sihat.

#Tips Kurus Dengan Cepat 1: Elakkan gula putih.

    Tahukah anda, gula putih adalah penyebab utama kepada kenaikan berat badan. Kajian mendapati 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia menjadi obes adalah disebabkan pengambilan gula putih yang berlebihan.

    Gula putih didapati dalam semua makanan proses seperti sos, kek, biskut, pastri, minuman tin/paket/kotak, kuih muih dan lain-lain lagi.

    Oleh itu kita mesti elakkan dari mengambil makanan dan minuman yang mengandungi gula putih. Jika teringin untuk manis boleh pilih pilihan yang lebih sihat seperti madu asli atau gula kelapa.

Nak kurus dengan cepat elakkan ambil gula putih.

#Tips Kurus Dengan Cepat 2: Kurangkan pengambilan karbohidrat.

     Karbohidrat seperti nasi dan roti adalah dalam golongan indeks glisemik (Gi) tinggi. Apabila kita mengambil makanan yang GI tinggi, ia akan cepat melepaskan gula ke dalam darah, jadi badan kita akan cepat lapar dan letih.

    Kita juga cenderung untuk makan lebih banyak dan berterusan. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan di simpan dalam sel lemak, dan ini akan menyebabkan kegemukan.

Oleh itu hadkan pengambilan karbohidrat dan amalkan pinggan sihat suku suku separuh.

Panduan Pinggan Sihat Suku Suku Separuh

#Tips Kurus Dengan Cepat 3: Minum air kosong secukupnya.

    Perbanyakkan minum air kosong kerana air kosong zero kalori. Kekal hidrat adalah kunci untuk berjaya menguruskan badan. Pengambilan air kosong yang cukup akan membantu meningkatkan metabolisme badan, membersihkan tubuh dan bertindak sebagai penahan selera.

Banyakkan minum air kosong untuk kurus dengan cepat

#Tips Kurus Dengan Cepat 4: Jaga kualiti tidur.

    Untuk kurus dengan cepat, anda perlu mendapatkan tidur yang secukupnya. Individu yang suka berjaga malam dan kurang tidur cenderung untuk mempunyai nilai BMI yang tinggi. Ini kerana ia akan mengganggu keseimbangan hormon dalam badan seperti hormon leptin yang memberi rasa kenyang terganggu, menjadikan anda rasa sentiasa nak makan. 

Tidur secukupnya untuk kurus dengan cepat


#Tips Kurus Dengan Cepat 5: Buat Intermittent Fasting (IF)

     Intermittent Fasting Cara Mudah Untuk Turunkan Berat Badan. Bonda cukup suka buat IF ni, bonda setahun lebih amalkan IF. Apa yang bestnya kita boleh makan apa yang kita mahu dalam tempoh tertentu dan berpuasa pada waktu selebihnya.

#Tips Kurus Dengan Cepat 6: Ambil protein.

    Cara nak kurus dengan cepat anda haruslah menambah protein dalam setiap hidangan makanan kerana protein membantu meningkatkan jisim otot tanpa lemak.

    Bonda mencadangkan anda mengambil protein shake dari Shaklee seperti ESP atau Cinch Shake dengan konsisten setiap hari. Ia akan membantu membina otot. Otot ini berfungsi sebagai ejen pembakar lemak, walau pun kita tengah tidur. Ha best kan?

Ambil protein shake untuk kurus dengan cepat

#Tips Kurus Dengan Cepat 7: Ambil lemak sihat

    Lemak sihat atau smart fat seperti minyak ikan omega, minyak zaitun, minyak kelapa dara juga dikenali sebagai 'fat burner'.  

Kurus dengan cepat ambil Omega Guard


#Tips Kurus Dengan Cepat 8: Lakukan senaman 

    Biasa kita dengarkan nak kurus dengan cepat, 80% adalah daripada pemakanan dan 20% lagi adalah dengan melakukan senaman. 

    Bersenam secara berkala dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan kerana apabila kita bersenam ia akan membina otot dan membakar lemak.

    Bersenam juga akan membuatkan badan kita rasa lebih cergas dan ringan. Bagi yang tidak pernah bersenam, anda boleh mulakan dengan senaman yang low impact seperti brisk walk.

Jom semua kita kurus dengan cepat dan sihat. 

    Bonda selalu berpesan pada diri dan rakan seperjuangan yang berusaha untuk menurunkan berat badan supaya 'trust the process'. Percayalah jika anda betul2 konsisten follow tips yang telah bonda kongsikan ini, Insha Allah anda akan dapat lihat hasilnya.

    Untuk membantu kurus dengan cepat, bonda mencadangkan anda mengamalkan Set Kurus Shaklee Membantu Penurunan Berat Badan Dengan Berkesan


    Berminat untuk daftar sebagai ahli Shaklee dan terus dapat menikmati diskaun 25% serta pelbagai insentif menarik yang ditawarkan dari Shaklee.

Boleh terus klik link disini https://www.shaklee.com.my/joinnow untuk daftar sebagai ahli Shaklee.

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kini Multivitamin Shaklee Berwajah Baru

Part Time Job di Malaysia

Testimoni Shaklee Saya Vivix Bantu Sembuh Kayap