Intermittent Fasting Cara Mudah Untuk Turunkan Berat Badan
Intermittent Fasting atau singkatannya IF kini sangat trending di amalkan oleh ramai orang. Ia adalah satu gaya atau corak waktu pengambilan makanan mengikut batas masa yang kita pilih mengikut kesesuaian badan kita.
Seperti yang kita sedia maklum berpuasa memberi banyak sangat manfaat pada badan. Malah dalam agama Islam diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, juga amalan seperti berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, puasa sunat hari putih setiap bulan Islam serta puasa Nabi Daud.
Beza berpuasa dengan Intermittent Fasting adalah sepanjang tempoh kita berpuasa kita tidak boleh makan dan minum. Manakala IF ini lebih santai dan sangat mudah untuk dilakukan kerana lebih fleksibel di mana kita bebas untuk memilih tempoh jam berIF dan kita boleh untuk minum air kosong atau teh herba atau air kopi tanpa gula semasa dalam tempoh fasting window.
Apakah MANFAAT pada badan apabila kita melakukan INTERMITTENT FASTING?
Jika kita mengamalkan IF secara konsisten, ia akan memberikan manfaat pada kesihatan badan secara menyeluruh.
1. Menurunkan paras insulin dalam badan
2. Badan akan menggunakan simpanan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga
3. Menurunkan berat badan
4. Meningkatkan metabolisme badan
5. Mengawal rasa lapar dan craving pada makanan
6. Membaiki kesihatan usus
7. Mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kronik
8. Meningkatkan sistem imun badan
9. Meningkatkan kesihatan otak
10. Mengaktifkan proses Autophagy
Macam Mana Cara Nak Mulakan Intermittent Fasting?
Untuk newbies yang baru nak bermula anda boleh pilih tempoh masa 14:10 bermaksud 14 jam tempoh berpuasa (fasting window) dan 10 jam had waktu untuk makan (eating window).
Bagi mendapat kesan yang optimum boleh pilih tempoh masa 16:8 iaitu 16 jam tempoh fasting window dan 8 jam tempoh eating window.
Bagi yang sudah biasa buat IF, jika mampu boleh untuk lanjutkan lagi tempoh fasting window ke 18 atau 20 jam bergantung pada badan masing2.
Korang pon boleh nak baca lagi tentang info Intermittent Fasting sharing daripada sahabat saya Cikpuan Mira di link ni.
Untuk mencapai IF yang lebih cergas, bertenaga dan kenyang lebih lama, bonda cadangkan ambil Set Bantu Penurunan Berat Badan Dengan Berkesan yang diformula khusus untuk mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting.
Baca juga Tips Kurus Dengan Cepat Dan Efektif di sini
Selamat ber Interminttent Fasting!
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Siapa belum pernah try buat IF kena try... paling seronok dalam usaha menurunkan berat badan...
BalasPadam