Intermittent Fasting Cara Mudah Untuk Turunkan Berat Badan

    Intermittent Fasting atau singkatannya IF kini sangat trending di amalkan oleh ramai orang. Ia adalah satu gaya atau corak waktu pengambilan makanan mengikut batas masa yang kita pilih mengikut kesesuaian badan kita.



    Seperti yang kita sedia maklum berpuasa memberi banyak sangat manfaat pada badan. Malah dalam agama Islam diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, juga amalan seperti berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, puasa sunat hari putih setiap bulan Islam serta puasa Nabi Daud.

    Beza berpuasa dengan Intermittent Fasting adalah sepanjang tempoh kita berpuasa kita tidak boleh makan dan minum. Manakala IF ini lebih santai dan sangat mudah untuk dilakukan kerana lebih fleksibel di mana kita bebas untuk memilih tempoh jam berIF dan kita boleh untuk minum air kosong atau teh herba atau air kopi tanpa gula semasa dalam tempoh fasting window.



Apakah MANFAAT pada badan apabila kita melakukan INTERMITTENT FASTING?

Jika kita mengamalkan IF secara konsisten, ia akan memberikan manfaat pada kesihatan badan secara menyeluruh.

1. Menurunkan paras insulin dalam badan

2. Badan akan menggunakan simpanan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga

3. Menurunkan berat badan

4. Meningkatkan metabolisme badan

5. Mengawal rasa lapar dan craving pada makanan

6. Membaiki kesihatan usus

7. Mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kronik

8. Meningkatkan sistem imun badan

9. Meningkatkan kesihatan otak

10. Mengaktifkan proses Autophagy



Macam Mana Cara Nak Mulakan Intermittent Fasting?

Untuk newbies yang baru nak bermula anda boleh pilih tempoh masa 14:10 bermaksud 14 jam tempoh berpuasa (fasting window) dan 10 jam had waktu untuk makan (eating window).

Bagi mendapat kesan yang optimum boleh pilih tempoh masa 16:8 iaitu 16 jam tempoh fasting window dan 8 jam tempoh eating window.

Bagi yang sudah biasa buat IF, jika mampu boleh untuk lanjutkan lagi tempoh fasting window ke 18 atau 20 jam bergantung pada badan masing2.

Korang pon boleh nak baca lagi tentang  info Intermittent Fasting sharing daripada sahabat saya Cikpuan Mira di link ni.

Untuk mencapai IF yang lebih cergas, bertenaga dan kenyang lebih lama, bonda cadangkan ambil Set Bantu Penurunan Berat Badan Dengan Berkesan yang diformula khusus untuk mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting.

Baca juga Tips Kurus Dengan Cepat Dan Efektif di sini

Selamat ber Interminttent Fasting!


Berminat untuk daftar sebagai ahli Shaklee dan terus dapat menikmati diskaun 25% serta pelbagai insentif menarik yang ditawarkan dari Shaklee.

Boleh terus klik link disini https://www.shaklee.com.my/joinnow untuk daftar sebagai ahli Shaklee.

#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


Ulasan

  1. Siapa belum pernah try buat IF kena try... paling seronok dalam usaha menurunkan berat badan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kini Multivitamin Shaklee Berwajah Baru

Part Time Job di Malaysia

Testimoni Shaklee Saya Vivix Bantu Sembuh Kayap